Sabtu, 20 Disember 2014

Batu Manik DMC & Sticker DMC

Assalammualaikum,

Da lama tak update cerita kt blog due tu line internet sejak musim tengkujuh ni tersangat slow dan kadang- kadang ada, kadang-kadang langsung tak ada line! Huh

Memandangkan sekarang ni kita di hujung-hujung bulan December ni, jadi bermakna JUALAN YEAR END SALES akan tamat tak lama lagi!

Untuk para pelanggan yg nak order, yg da pilih tu kena la cepat-cepat, nanti da tak sempat rugi banyk tau sebab bukan selalu boleh dapat potongan harga nih. Sekali sekala jer....

Jom la layan serba sedikit gambar yg ada, lau nak tgk byk lg gambar & jrnis -jenis yg ada, boleh la gi kt Facebook:Anita Azrinawati E-shoppe @ just Whatsapp : 01592556650 utk tempahan yer....






Ahad, 7 Disember 2014

Wet & dry kitchen cabinet, vanity & tv cabinet

Assalammualaikum,

Masih lagi berkaitan mengenai projek pemasangan kabinet, masih lagi bercerita mengenai pelanggan yg sama di kl, kali ni nak belanja gambar tv kabinet & vanity di dalam bilik air rumah pelanggan.

Yang ni tv cabinet utk living room di tingkat bawah.
Kabinet televisyen living room di tingkat atas
Manakala yg ni tv cabinet di ruangan bilik tidur utama. Panel dibalut dengan kertas dinding atas permintaan pelanggan utk kelainan di bilik tidur mereka.

Vaniti, set kabinet dan solid surface utk melengkapkan keperluan di ruangan bilik air utama.

Kabinet dapur, wardrobe & tv cabinet

Assalammualaikum,

Cerita bulan november, cuti seminggu gi kl sebab nak pasang wet & dry kitchen cabinet, wardrobe , tv cabinets & vanity. Semua papan, kayu kayan da siap-siap dipotong kt sini, loading papan, kayukayan, aksesori dlm lori untuk pergi rumah customer dan hanya tinggal utk pemasangan sahaja.

Ni dry kitchen cabinet dr pandangan hadapan.

Masih lagi gambar dry kitchen cabinet
Terdapat sinki pada belakang counter table di dry kitchen cabinet


Untuk wet kitchen cabinet, memilih warna peach & solid surface berwarna hitam, berbeza utk set dry kitchen yg memilih corak jalur kayu & solid surface warna putih.

Khamis, 4 Disember 2014

Popia Nestum Horlick

Assalammualaikum,

Tengah layan drama Baby Ana Milik Siapa kt TV3, ermm anak-anak request nak makan Popia Nestum Horlick pulak. Nasib baik sangat kat dapur bahan-bahan nak wat popia tu semua ada, lau tak ermm malasnya nak kuar gi kedai cari bahan-bahan nak wat popia ni.

 Ni la gambar popia nestum horlick yg da siap utk dimakan.

Bahan-bahan:
Kulit popia 1 peket
Nestum Madu
Horlick
Susu tepung (ikut brand yg disukai)
Gula halus
Telur putih sahaja (utk dijadikan gam)

1. Mula-mula, baca la bismillah dulu.
2. Start gulung kulit popia sampai habis. Gulung longgar-longgar jer, tak payah gulung ketat sangat. Bila da sampai hujung kulit popia, sapu putih telur supaya kulit popia melekat.
3. Bila da abis gulung semua kulit popia, sekarang gunting time. Boleh la gunting semua kulit popia tu ikut la size yg disukai.
4. Kemudian, panaskan minyak masak, then masukkan kulit popia tu dan goreng bila da bertukar warna kuning keperangan.
5. Dalam mangkuk yg kering, masukkan serbuk horlick, gula halus, susu tepung dan nestum. Nestum tu kena blend halus dulu sebelum campur dalam mangkuk beserta bahan-bahan yg lain.
Waktu ni rasa la ikut selera, nak manis ke, nak rasa lemak bubuh susu tepung lebih sikit, lau nak rasa horlick lebih, boleh lebihkan serbuk horlick tu.
6. Bila popia yg digoreng tu da sejuk, boleh la campurkan dalam mangkuk bahan-bahan kering tadi.
7. Da siap utk dimakan depan tv sambil tengok tv.

Kulit popia yg da digulung memanjang.

Kulit popia yg digulung tadi, di gunting ikut size yg comel.

Lepas gunting semua popia tu, boleh la goreng. Tapi ni terlebih coklat skit..haha

Mangkuk yg dicampur dengan nestum, horlick, gula halus, susu tepung. Popia yg sudah digoreng tu di campur dengan bahan-bahan kering dalam mangkuk tadi.

Memancing la pula..

Assalammualaikum,

Baru lepas makan malam ni, lewat plak malam ni masak utk makan malam, sebab petang tadi gi memancing! Haha, mancing kt bendang je pun, time hujan sekarang ni banyak ikan puyu & ikan haruan.

Boring-boring, ikut memancing pun syok jugak, so dah 2 hari ikut gi mancing kt bendang. Haha, tapi ikan sekor pun tak dapat-dapat pun! Tak ada rezeki lagi la tuh..

Anak-anak pun kemain suka lagi dapat ikut g mancing sekali. Ermm aktiviti cuti sekolah, elok gak bagi budak-budak ni terdedah ngan alam semula jadi kan! Nanti tak de la 'perak' sangat kot.

Gambar pun tak amik banyak sangat, sebab dok ralik mengintai hubby mancing ngan adik-adik dia. Tapi tak pe la, kita belanja 1 keping ke gambar yg sempat ambil semalam. Pewhew..


Berusaha gigih tu nak menangkap ikan dalam sawah.. Tapi tak dapat pun lagi. Tak pe, esok boleh cuba lagi, mana tau ada rezeki esok.

Rabu, 3 Disember 2014

Tempahan Kabinet Dapur


Assalammualaikum,

Malam ni amik masa sikit nak tulis pasal last week sempat habiskan projek pasang kabinet dapur kt area besut, terengganu.

Disebabkan barang-barang banyak, sampai tak ada kabinet nak simpan, so sepasang suami isteri ni call la nak suruh buat body cabinet dapur dorang.

Jadi pergilah ke rumah dorang, ambil size dan design drawing ikut yg design yg dikehendaki, jadi bermulalah projek custom made kitchen cabinet. Disebabkan dapur dorang da ada table top concrete yg sedia ada, jadi kita cuma wat body cabinet & pintu.

Ni gambar asal dapur umah pasangan tu.


Dan yg ni selepas dipasang kabinet dapur utk bahagian atas & bahagian bawah.


Haah, kan ke da cantik & well organized bila da pasang kabinet dapur. Tak la penuh barang-barang atas dapur. Kuali, periuk, besen, pinggan mangkuk da boleh susun cantik-cantik dalam kabinet tuh.

Nak memasak pun senang, ruang yg luas kt atas tu. Tak la penuh dengan segala benda.
hehehehe!

Actually, perniagaan interior design & pembuatan kabinet dapur, wardrobe dan lain2 memang buat juga, cuma yg ni husband yg handle, kilang pun dekat dengan rumah jer!
Kalau ada yg berminat, bolehla whatsapp : 01592556650


Khamis, 27 November 2014

YEAR END SALES IS ON!!

Assalammummualaikum semua,

Alhamdulillah,  hari ni masih berdaya dan mampu untuk menulis di duniavelvet . blogspot.com

Hari ni just nak bgtau korang yang promosi sedang dijalankan. YEAR END SALES PROMOTION.
Potongan harga sebanyak 30% untuk KRISTAL DMC & STICKER DMC.

Banyak sangat warna yang available dan banyak juga design & color yg ada untuk sticker dmc. Yang korang perlu buat, cuma pilih jer warna yg korang nak dan design yg korang suka!! Tak caya, ermmm, korang boleh tengok sample2 gambar kt bawah nih, ni baru sikit jer upload, ada byk lg koleksi yg ada...


Sample batu berlian dmc, sticker corak rama-rama & contoh tudung bawal yg da ditampal dengan sticker dmc.



Lagi sample sticker dmc yg available, dan dapat potongan harga sebanyak 30% pula!





Design yg ada, corak kipas, pepatung, bulat dan macam-macam lagi bentuk yg ada! Memang berbaloi sangat sebab kristal dmc ni sangat2 tahan walau dibasuh dgn mesin basuh & yg paling penting, warna berlian ni tak akan luntur hokay macam plastik kristal yg biasa ada kt kedai...



Sticker DMC ni korang boleh tampal kt baju kurung yg plain, jubah, tudung bawal atau tudung yg berawning tuh dan tampal kt jeans pun boleh, tak ada masalah! Ikut kreativiti korang la nak tempek kt mana-mana pun.


Jadi, tunggu apa lagi. Kalau korang berminat nak dapatkan BATU BERLIAN DMC dan STICKER
DMC, bolehlah bagitau hokay. Lau nak respond yg cepat, korang yg berminat bolehla
Whatsapp : 01592556650


Ahad, 23 November 2014

Tudung Bawal Plain yg ditampal Sticker Velvet Berlian DMC

Assalammualaikum semua,

Trend sekarang da start balik pakai tudung bawal. Kebanyakkan yg suka sangat pakai tudung bawal ni tergolong dari pelajar dan remaja.


Orang kata pakai tudug bawal ni nampak muda... hehehe betul lah rasanya!

Jadi hari ni nak cerita skit pasal tudung bawal. Disebabkan saya ni penjual online Berlian DMC & sticker velvet DMC,  so banyak menda actually boleh buat.

Lau kat rumah tu banyak stok tudung bawal yg dulu-dulu tu, ermmm senang la sangat kerjanya.
Pilihla corak @ design yg korang suka, pastu tinggal iron dan tampal je lah sticker DMC tu.  Lau nak lagi meriah, boleh add on berlian DMC yg di jual berasingan. Tampal di sekeliling ataupun ikut ar kreativiti masing-masing.

Jadi, tudung bawal yg lama, da di beri nafas baru. Anggun uolls! Tak payah susah-susah nak beli kt kedai, buat sendiri pun boleh. Lau selalu buat, boleh jadi makin pakar. Silap2 boleh wat kerja part time terima tempahan menampal sticker DMC & berlian DMC!

Bawah ni antara contoh-contoh design yg available yg sudah ditampal di tudung bawal.
Makin cantik makin anggun bila di pakai!! Bling-bling hokay!! Hehehe ;)


Cantikkan tudung bawal yg plain selepas di tampal dengan Sticker DMC!


    Banyak color yg cantik-cantik, ditambah pula dengan design DMC yang anggun gitu, ohsem sangat!!

  Antara contoh desig pada tudung bawal untuk transform jadi lebih chantik & gorgeou

Laksa Penang Marvellous


Assalammualaikum,  kali ni just nk share resepi dari myresepi.com sumbangan dari leez85.
Cuma ada tambah2 skit dr resepi asal. Biasa ar nk mkn kn ikut tekak @ selera kita!!  Anyway thnxs to leez85 kerana share resepinya.

Bahan-bahan ( lebih 6 orang )

sebungkus laksa direbus dan toskan
1kg ikan kembung/ selayang
3 biji bawang merah @ bwg besar
belacan sebesar ibu jari
6 sudu besar cili boh (lebihkan kalau nak pedas)
7keping asam keping
2 bunga kantan dibelah dua
seikat daun kesum
secubit garam
sedikit gula
sedikit know's pasti sedap
sedikit minyak untuk tumis

ulam:
Timun di racik panjang
Daun salad di hiris sederhana
Bawang besar dihiris nipis
Cili api di hiris nipis
Limau nipis @ kasturi
Telur ayam di rebus dan di potong 4

Cara-cara

Rebuskan ikan dengan 2liter air beserta 3 kpg asam keping

Asingkan ikan dan air rebusan tadi.

Perisi ikn rebus antara isi & tulang ikan.




Kisarkan isi ikan bersama sedikit air rebusan yg ditapis, belacan dan bawang..

Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan cili boh..kemudian masukkan bahan kisaran tadi..

Sementara itu, kisarkan sisa tulang bersama baki air rebusan ikan, tapis dan tuangkan tapisan air rebusan ikan dalam periuk..

Masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping dan masak sehingga pekat..perasakan dengan bahan perasa, garam & gula..kecilkan api dan biarkan masak hingga kuah pekat..

Setelah masak, hidangkan bersama laksa yg telah direbus dan ulam..



Gambar atas dapur ni je yg sempat ambil, gambar hidang atas nmeja da tak sempat nak snap sebab da habis...

Sabtu, 22 November 2014

Roti Bakar Coklat Nestum

Assalammualaikum buat semua dan selamat berhujung minggu.

Lamanya da tak update kat blog Dunia Velvet Nieta, ermmm super buzy sangat dengan anak-anak, uruskan rumah tangga, dengan bisnes sticker velvet DMC, Berlian tampal DMC, update status kat facebook dan macam-macam lagi lah... Sampai da tak ada masa untuk diri sendiri!!

Since post yg terdahulu asyik cite pasal sticker velvet, berlian DMC,  so why not this time saya nak share resepi yg sangat simple dan senang. Yang penting anak2 sure suka sangat makan! Hahahaha

Lagipun resepi amik kt facebook, tapi tak sure la siapa yang share, saya just nampak resepi yang menarik terus simpan, supaya boleh di gunapakai, almaklumlah anak-anakku suka sangat makan... hehe ;)

Ok, sekarang kita siapkan bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan:

Roti Gardenia ( lau nak pakai roti lain pun boleh jer)
Coklat masakan 2 cawan
Butter 20g
Whipping cream 10ml
Nestum 2 cawan

Cara-caranya:
Mulakan dengan Bismillah.
Roti gardenia tu korang potong ikur size yg korang suka. Saya potong kecil2 sebab baru                    lambat habis sebab anak2 laju sangat sekali hadap.

Roti yg dipotong kecil tadi, diletakkan dalam dulang dan dibakar 15 minit pada suhu 130'c.
Biar roti tu jadi betul-betul kering.

Sementara menunggu roti dibakar dalam oven, masa ni boleh cairkan coklat masakan dengan guna kaedah double boiler. Masukkan sekali butter & whipping cream. Agak da cair, boleh tutup api & kacau sehingga sebati.

Bila roti da siap dibakar, coklat untuk di celup pun da disediakan, sediakan nestum dalam mangkuk supaya senang untuk mencelup roti bakar tadi

Roti bakar di celup dalam coklat cair, kemudian di litupi pula dengan nestum. Buat sampai habis dan boleh dinikmati sambil santai-santai bersama ahli keluarga yang lain.

Simple je!! Boleh la cuba hokey...



Sabtu, 17 Mei 2014

Berlian DMC

Assalammualaikum,  mlm ni rasa cam rajin plk nk tulis pasal Berlian DMC.
Berlian DMC ni memang best sebab boleh dijadikan aksesori tambahan wanita. Haha,  boleh decorated di baju, tudung, jubah, seluar jeans, kasut dll.

Yang Bestyer pasal Berlian DMC ni, mmg cantik & berkilau 2.  Bkn cm berlian plastik tu. Lgpun Berlian DMC ni, tahan haba,, gam melekat pun kuat,  yg penting baduh guna washing machine pun tak da hal lah.

Cara nk menampal,  bg yg xada steam press @ applicator wand,  tak yah runsing, guna iron jer. Firstly korang just deco corak yg korang da plan, xpyh lapik dgn kain,  ambil iron letak atas Berlian DMC ni terus, agak 2 dlm 3-4 minit alih kan iron tu pd corak lain plk. Repeat step yg sama sampai abis corak utk di tampal.

Banyak gak warna2 Berlian DMC ni, ni antara warna2 yg ada :



Byk lg sample warna yg cantik, tp line internet terlalu slow, cuma ni jer yg dpt di upload.  Insha Allah next time ada lg.

Rabu, 7 Mei 2014

Sticket Velvet DMC

Ok, berkaitan dengan sticker velvet DMC ni, asalnya Kak Nita minat nak mencari alternatif lain untuk dijadikan sebagai aksesori tambahan pada baju, tudung, jubah dll.

Semenjak adanya sticker velvet ni, lagi senang pula nak deco pakaian, cuma lau nak jadi kreatif lagi, cuma tambah berlian DMC lagi sebagai design tambahan.

Sejak selalu guna sticker velvet ni, terfikir plak nak cuba jadikan sebagai produk utk menjual, & thnxs pd adik ipar yg tolong kak nita jual sticker velvet ni. So dia ni yg tolong bg jln utk ceburi dlm online business ni.

Ini antara contoh2 sticker velvet :-
















Banyak lagi sample gambar, next time plak update.