Khamis, 4 Disember 2014

Memancing la pula..

Assalammualaikum,

Baru lepas makan malam ni, lewat plak malam ni masak utk makan malam, sebab petang tadi gi memancing! Haha, mancing kt bendang je pun, time hujan sekarang ni banyak ikan puyu & ikan haruan.

Boring-boring, ikut memancing pun syok jugak, so dah 2 hari ikut gi mancing kt bendang. Haha, tapi ikan sekor pun tak dapat-dapat pun! Tak ada rezeki lagi la tuh..

Anak-anak pun kemain suka lagi dapat ikut g mancing sekali. Ermm aktiviti cuti sekolah, elok gak bagi budak-budak ni terdedah ngan alam semula jadi kan! Nanti tak de la 'perak' sangat kot.

Gambar pun tak amik banyak sangat, sebab dok ralik mengintai hubby mancing ngan adik-adik dia. Tapi tak pe la, kita belanja 1 keping ke gambar yg sempat ambil semalam. Pewhew..


Berusaha gigih tu nak menangkap ikan dalam sawah.. Tapi tak dapat pun lagi. Tak pe, esok boleh cuba lagi, mana tau ada rezeki esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan