Ahad, 23 November 2014

Laksa Penang Marvellous


Assalammualaikum,  kali ni just nk share resepi dari myresepi.com sumbangan dari leez85.
Cuma ada tambah2 skit dr resepi asal. Biasa ar nk mkn kn ikut tekak @ selera kita!!  Anyway thnxs to leez85 kerana share resepinya.

Bahan-bahan ( lebih 6 orang )

sebungkus laksa direbus dan toskan
1kg ikan kembung/ selayang
3 biji bawang merah @ bwg besar
belacan sebesar ibu jari
6 sudu besar cili boh (lebihkan kalau nak pedas)
7keping asam keping
2 bunga kantan dibelah dua
seikat daun kesum
secubit garam
sedikit gula
sedikit know's pasti sedap
sedikit minyak untuk tumis

ulam:
Timun di racik panjang
Daun salad di hiris sederhana
Bawang besar dihiris nipis
Cili api di hiris nipis
Limau nipis @ kasturi
Telur ayam di rebus dan di potong 4

Cara-cara

Rebuskan ikan dengan 2liter air beserta 3 kpg asam keping

Asingkan ikan dan air rebusan tadi.

Perisi ikn rebus antara isi & tulang ikan.




Kisarkan isi ikan bersama sedikit air rebusan yg ditapis, belacan dan bawang..

Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan cili boh..kemudian masukkan bahan kisaran tadi..

Sementara itu, kisarkan sisa tulang bersama baki air rebusan ikan, tapis dan tuangkan tapisan air rebusan ikan dalam periuk..

Masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping dan masak sehingga pekat..perasakan dengan bahan perasa, garam & gula..kecilkan api dan biarkan masak hingga kuah pekat..

Setelah masak, hidangkan bersama laksa yg telah direbus dan ulam..



Gambar atas dapur ni je yg sempat ambil, gambar hidang atas nmeja da tak sempat nak snap sebab da habis...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan